Tuesday, 14 February 2012

United terima maaf Suarez


Manchester United menerima permohonan maaf daripada penyerang Liverpool, Luis Suarez dan pengurus Kenny Dalglish atas tindakan mereka pada perlawanan liga di Old Traford.

Pengurus United, Alex Ferguson sebelum ini melabel Suarez sebagai memalukan dan tidak layak bermain untuk Liverpool apabila pemain itu enggan bersalam dengan pertahanan United, Patrice Evra selepas dikaitkan dengan isu perkauman di Anfield, Oktober lalu.

Pemain antarabangsa Uruguay itu memohon maaf atas tindakannya, begitu juga dengan Dalglish yang mempertahankan tindak tanduk Suarez dalam temu bual selepas perlawanan.
Dalglish dan Pengarah Urusan Reds, Ian Ayre berkata, Suarez akan berjabat tangan dengan Evra selepas ini.

United pantas mengeluarkan satu kenyataan untuk menamatkan isu dengan tajuk “United menerima permohonan maaf pihak lawan” seperti berikut: “Manchester United berterima kasih kepada Liverpool kerana memohon maaf atas insiden Sabtu lalu.

“Setiap individu di Old Trafford ingin segera melupakan insiden itu. Sejarah bola sepak Britain sememangnya dimeriahkan dua kelab ternama yang bermusuhan sejak dulu lagi.
“Perkara ini menjadi satu pengajaran buat kedua-dua kelab pada masa akan datang kerana masing-masing menyayangi kelab mereka.” Dalglish dalam kenyataan yang dilapor laman web rasmi Liverpool berkata: “Ian Ayre mengambil pendirian jelas dan menegaskan Luis Suarez kini memohon maaf atas apa yang berlaku di Old Trafford.

“Saya terkejut mendengar pemain itu enggan bersalam biarpun minggu sebelum perlawanan itu dia berjanji melakukannya.

“Apabila saya menonton televisyen sehari selepas perlawanan itu, saya tidak dapat lihat apa yang berlaku dan saya tidak bertindak seperti pengurus Liverpool dalam temu bual selepas perlawanan dan memohon maaf atas apa yang berlaku.” Ayre berkata, Suarez sebelum ini berjanji akan bersalam dengan pemain lawan.

“Kami amat kecewa dengan tindakan Luis Suarez kerana tidak bersalam dengan Patrice Evra. Pemain itu berjanji akan bersalam tapi bila tiba masanya dia mengubah fikiran.

No comments:

Post a Comment